Maklumat Penanaman Dahlia Figaro

Dahlia Figaro


MAKLUMAT TEKNIKAL

Jenis

Tahunan

Keluarga, Asal

Asteraceae, Gunung di Mexico dan Guatemala

Lokasi

Cahaya matahari penuh – Teduh

Ketinggian dalam Taman

30 cm / 11.81 inci 

Masa Pertumbuhan

Anak benih: 4-6 minggu; Pasu pembungaan: 8-13 minggu, bergantung kepada intensiti cahaya dan spesis

Masa Menjual

May - Jun

Bentuk Biji Benih

Biji benih bersalut dan biji benih mentah

Jumlah Biji Benih

123 K/g

Kaedah Semaian

2 - 3 biji benih untuk setiap anak benih, boleh disemai terus dalam pasu

PERCAMBAHAN

3-5 hari pada suhu 24-26 °C, dalam media dengan kandungan larutan garam yang rendah dan pH di antara 5.5-6.0. Sebelum semaian, rawat substrak dengan fungisid. Lindungi biji benih dengan vermiculit, pasir atau substrak selepas semaian. Pastikan tanah adalah sedikit lembap tetapi tidak basah. Percambahan boleh berlaku pada suhu di antara 18-26°C. Suhu yang rendah akan memanjangkan masa percambahan sehingga 10-14 hari. 

PENGHASILAN ANAK BENIH

Dari peringkat 2, kurangkan kelembapan tanah, tetapi anak benih tidak boleh terlalu kering. Rendahkan suhu ke 16-18°C. Suhu di bawah 10°C akan menyebabkan pembungaan awal dan menghalang pertumbuhan batang. Elakkan kandungan larutan garam untuk meningkat melepasi 0.75 EC. Mulakan pembajaan pada kadar 50-75 ppm nitrogen dalam formula yang seimbang. Semasa Peringkat 3 dan 4, pembajaan perlu ditingkatkan sehingga 100-150 ppm. 

PERTUMBUHAN SEHINGGA DEWASA

3-4 minggu selepas semaian, pindahkan 2-3 tumbuhan dalam 1 pek / pasu (9-14 cm). 

Media:Gunakan media yang kering, substrat yang mengembang dengan 20-30% tanah liat, 1-2 kg/m³ baja seimbang yang secukupnya, 1-2 kg/m³ baja yang dilepaskan dengan perlahan (3-6 bulan), besi-kelat, mikronutrien, pH: 5.5-6.0. 

Fotoperiod / Cahaya: Tumbuhan yang memerlukan masa siang yang lama. Pastikan kadar cahaya adalah tinggi. Untuk pertumbuhan and pembungaan Dahlia, masa siang yang lama (14-15 jam) dan intensiti cahaya yang tinggi (30-40 klx) adalah perlu.  Gangguan pada waktu malam (2-4 jam) boleh berlaku. Pada musim sejuk and musim bunga, asimilasi cahaya adalah efektif. Masa siang yang kurang (kurang dari 12 jam) dengan gabungan suhu yang rendah (kurang dari 8°C) akan menggalakkan pertumbuhan tuber.

Suhu:Tumbuh pada suhu 15-18°C atau di luar. Untuk penjualan, pengerasan tumbuhan pada suhu 12-13°C adalah disarankan. Pupuk tumbuhan berbunga di atas suhu 13°C. Tumbuhan Dahlia tidak dapat menahan fros. Suhu di atas 21°C yang digabungkan dengan masa siang yang lama iaitu 16 jam akan mengakibatkan bunga mengering dan suhu melebihi 25°C akan menghalang pertumbuhan bunga.

Pembajaan:Pembajaan yang sederhana dalan perlu. Bubuh baja pada tumbuhan setiap minggu dengan 100-150 ppm nitrogen dengan menggunakan baja seimbang yang lengkap. Elakkan kadar ammonium dan nitrogen yang tinggi. Elakkan kekurangan magnesium dengan menggunkan magnesium sulfat (0.05%) 1-2 kali dan dalam keadaan yang mana zat besi adalah kekurangan, gunakan besi kelak untuk 1-2 kali. 

Petua Pertumbuhan:Dahlia tidak dapat menahan penyiraman yang terlalu banyak. Penyiraman harus dilakukan dengan teliti. Tekanan kemarau dan kelembapan boleh menyebabkan klorosis pada daun. Elakkan pertumbuhan akar sehingga tanah di bawah. Petik bunga yang akan layu untuk menggalakkan lebih pertumbuhan bunga